top of page
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
​
Kursus ini memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada pelajar tentang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pengurusan pendidikan. Selain itu kursus ini dirancang dan dilaksana akan agar dapat membantu pelajar menguasai kemahiran perpustakaan dan kemahiran maklumat yang merupakan komponen asas kepada budaya belajar sepanjang hayat. 
Apa ada pada PERDAGANGAN?
​

Perdagangan merupakan apa sahaja kegiatan atau aktiviti yang melibatkan penawaran barangan, perkhidmatan, pertukaran barangan atau penyimpanan barangan. Berasaskan kepada keperluan dan kehendak manusia untuk meneruskan kehidupan. Apabila wujudnya keperluan dan kehendak, maka terhasil lah pengeluaran. Pengeluaran sesuatu barangan dan pekhidmatan memerlukan faktor pengeluaran yang terdiri daripada tanah, buruh, modal dan usahawan. Faktor pengeluaran juga akan membantu sesebuah syarikat dalam memenuhi keperluan dan kehendak manusia ini. Mata pelajaran perdagangan bertujuan memberi pendidikan perdagangan supaya murid-murid mengetahui, memahami dan mempelajari selok belok bidang perniagaan dan perkhidmatan.

 

Pendidikan Perdagangan

​

Jika selama ini fungsi sekolah adalah hanya untuk melahirkan individu yang bakal menjadi pekerja, mengapa pula tidak di tanam nilai dan minat supaya pelajar menjadi seorang pengusaha atau pemilik perniagaan secara kecil-kecilan apabila keluar dari sekolah nanti? Kita telah ketahui bahawa pendidikan bukan lagi bertujuan untuk membentuk pelajar menghadapi alam dewasa tetapi adalah untuk seumur hidup. Perdagangan menjadi penggerak dan penyokong kepada kejayaan keseluruhan rancangan pembangunan ekonomi. Melalui Matapelajaran Perdagangan, usahawan boleh dilahirkan dengan didikan dan latihan bukan bergantung kepada faktor tret atau bakat semulajadi sahaja. Dalam pada itu, mata pelajaran perdagangan dapat membantu seseorang untuk :

  1. Mempertingkatkan semangat dan dorongan mencapai kejayaan

  2. Menimbulkan keinginan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi

  3. Membentuk sifat-sifat dan semangat keusahawanan di kalangan murid, guru dan sebagainya. 

Tujuan mata pelajaran perdagangan diwujudkan adalah juga bertujuan untuk memberi pendidikan perdagangan supaya pelajar mengetahui,memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan. Di mana ini dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa jua usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri , keluarga, masyarakat dan negara.

Mata pelajaran Perdagangan ini diharap dapat memenuhi keperluan-keperluan pendidikan perdagangan bukan sahaja dalam konteks persekitaran perdagangan yang dipengaruhi oleh aliran dan perkembangan terbaru, tetapi juga dalam usaha serta komitmen untuk memberi pelajar pendidikan umum seimbang dan menyeluruh dari aspek kognitif, psikomotor dan efektif.

Mata pelajaran Perdagangan ini bertujuan untuk memberi pendidikan Perdagangan dan Keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menerapkan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif bagi membantunya menjadi insan yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Dengan mempelajari mata pelajaran ini juga, pelajar akan memperolehi persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi ataupun menceburkan diri dalam pelbagai bidang kerjaya, khasnya yang berkaitan dengan perindustrian dan perniagaan. Mata pelajaran perdagangan ini juga mendedahkan para pelajar dengan ilmu keusahawanan dan menerapkan nilai-nilai dan ciri-ciri seorang usahawan supaya timbul kesedaran dan minat untuk menceburi bidang keusahawanan.

Bertepatan dengan ini, Kementerian Pelajaran telah pun mengorak langkah awal dengan memperkenalkan tajuk perniagaan dalam negeri dan subtopiknya ialah perniagaan peruncit dan pemborong di dalam mata pelajaran Perdagangan bermula dari tingkatan empat.

Walaubagaimanapun pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pelajar belajar dalam berbagai cara dengan melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan menghafal, mengingat dan menggambarkan. Menurut Hargreaves (1996), pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan.

Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Felder dan Henriques (1995), menyatakan kaedah tersendiri individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran. Oleh itu untuk berjaya, individu pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.

​

Konsultasi Pembelajaran Percuma

Name *

Email *

Subject

Message

Success! Message received.

Masih belum menguasai Perdagangan ? kerana....

 

  • Malu bertanya kepada guru apabila tidak faham 

Pelajar-pelajar seringkali mendiamkan diri apabila mereka tidak memahami apa yang diajarkan kepada mereka. Mereka malu untuk bertanya kepada guru apabila tidak faham. Ini kerana mereka menganggap apabila meraka bertanya kepada guru, rakan-rakan mereka pasti akan mentertawakan. Meraka juga malu untuk bertanya kerana menganggap soalan yang ditanya itu senang dan menganggap dirinya "bodoh" dan tidak tahu apa-apa. Ini seringkali terjadi dan seharusnya pelajar-pelajar elakkan dan dibuang jauh-jauh. "Malu bertanya pasti kita akan sesat mencari jalan pulang". itulah ungkapan yang sangat popular dan kita pasti akan menjadi seperti itu sekiranya kita takut untuk bertanya kepada guru masalah yang kita hadapi.

​

  • Tidak menghormati guru yang mengajar

Kebanyakan para pelajar sekarang ini tidak menghormati guru mereka. seharusnya kita mestilah menghormati mereka kerana merekalah yang mendidik kita daripada kita berjaya. Tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Sekiranya kita tidak menghormati mereka, bagaimana kita nak mendapatkan keberkatan daripada ilmu yang telah diajarkan. Disebabkan itulah kita gagal untuk memahami atau menguasai apa yang telah diajarkan kepada kita. Walaupun kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sekalipun, kita pasti tidak akan berjaya. Oleh itu, hormatilah guru yang mengajar kita supaya ilmu yang kita perolehi diberkati.
 

  • Tidak memberi tumpuan di dalam kelas

Inilah yang sering berlaku di dalam kelas. Para pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian mereka semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Kajian telah dibuat dan menyatakan bahawa proses pembelajaran yang paling berkesan adalah semasa di dalam kelas. Oleh itu,para pelajar mestilah memberikan sepenuh perhatian mereka di dalam kelas dan sekiranya terdapat kemusykilan terhadap apa yang diajarkan, mereka boleh bertanyakan terus kepada guru yang mengajar.
 

  • "MALAS" 

Malas merupakan sifat yang tidak dapat dibuang oleh para pelajar zaman sekarang. Subjek ini memerlukan pelajar membaca dan memahami pembacaannya. Apabila para pelajar kurang membuat pembacaan, mereka pasti akan menghadapi masalah dan seterusnya gagal menguasai subjek ini kerana tidak memahaminya.

​

Mempelajari PERDAGANGAN adalah sebagai kesediaan untuk menceburi bidang KEUSAHAWANAN

Pembentukan usahawan perlu bermula di peringkat rendah lagi iaitu di peringkat sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu didedahkan dengan ilmu keusahawanan dan pencerapan nilai-nilai dan ciri-ciri seorang usahawan supaya timbul kesedaran dan minat untuk menceburi bidang ini. Bertepatan dengan ini, Kementerian Pelajaran telah pun mengorak langkah awal dengan memperkenalkan mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan Tingkatan Empat Dan lima. Pelajar secara umumnya telah di ajar secara teori mengenai bidang perdagangan dan keusahawanan melalui mata pelajaran ini, namun matapelajaran ini ini hanya diajar di dalam situasi bilik darjah sahaja dan memerlukan penaakulan dan kognitif yang tinggi dan stabil di kalangan pelajar, sekaligus menuntut kreativiti guru untuk memantapkan lagi penerimaan pelajar terhadap bidang keusahawanan.

Seperti yang kita sedia maklum, bidang perdangan dan keusahawanan begitu sinonim dengan kaum Cina. Sebut sahaja bidang keusahawanan, kebanyakan daripada kita akan mengaitkannya dengan kaum Cina. Maka timbul persoalan, tidak adakah golongan bumiputera yang berjaya di dalam bidang keusahawanan? sepatutnya persepsi perlu ditolak pada masa kini, telah ramai kerana golongan bumiputera telah berjaya dalam bidang keusahawanan seperti Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, pengasas dan pengerusi Kumpulan NAZA, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan lain-lain.

Maka untuk tujuan itu, beberapa faktor perlu diambil kira untuk berjaya dalam bidang keusahawanan dan perlu diterapkan dalam diri pelajar melalui mata pelajaran Perdagangan.

​

  1. Minat - Minat ialah kecenderungan individu terhadap tingkah laku alam persekitran. minat yang positif terhadap sesuatu bidang yang diceburi merupakan kunci kejayaan seseorang. Minat membolehkan individu berusaha sedaya mungkin terhadap sesuatu yang dihajati. Maka, sudah menjadi tugas guru untuk menaikkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran ini seterusnya terhadap bidang keusahawanan. Guru boleh memberikan pendedahan dan maklumat kepada pelajar bagaimana cara untuk mendapatkan informasi perkembangan bidang keusahawanan melalui pelbagai media massa seperti internet.

  2. Persepsi terhadap bidang keusahawan - Persepsi yang positif terhadap bidang keusahawanan perlu dibentuk dari awal untuk mencambahkan minat dalam bidang ini. Pelajar perlu didedahkan bahawa kerjaya sebagai seorang usahawan bukan semudah yang dilihat. terlalu banyak cabaran dan halangan menuju kejayaan. pelajar perlu tahu bahawa kerjaya sebagai usahawan memang mencabar namun dapat memberikan pulangan pendapatan yang sangat lumayan dan setimpal dengan hasil titik peluh itu.

  3. Minat terhadap bidang keusahawanan - Minat terhadap sesuatu kerjaya mempunyai hubung kait dengan minat terhadap sesuatu mata pelajaran yang berkaitan. Biasanya pelajar ini datang daripada "keluarga berdarah berniaga". Seseorang yang mempunyai minat tinggi terhadap bidang keusahawanan biasanya menunjukkan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan. maka, untuk memantapkan minat, guru dan ibu bapa perlu menaikkan motivasi pelakar dengan cara mendapatkan maklumat atau bahan bacaan bagi menambahkan ilmu pengetahuan terhadap bidang keusahawanan ini. hal ini kerana pencarian maklumat penting menjadi petanda minat tethadap sesuatu perkara kerana mempunyai daya usaha yang tinggi. Kini, pelajar mudah mengakses maklumat melalui penjelajahan ke laman web, dan sekelip mata maklumat diperolehi dengan mudah.

  4. Dorongan ibu bapa - Dorongan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendorong minat dan kesediaan pelajar untuk melakukan sesatu. ibu bapa seharusnya menerapakan budaya membaca untuk menambahkan pengetahuan. untuk memupuk minat pelajar terhadap bidang keusahawan, ibu bapa perlu membelikan bahan bacaan berkaitan dengan bidang perniagaan. ini sedikit sebanyak mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang ini. Pendedahan mengenai dunia perniagaan perlu dilakukan bagi memupuk minat terhadap bidang keusahawanan.


Oleh itu, untuk memantapkan ilmu keusahawanan, semua pihak perlu berganding bahu menyemarakkan minat pelajar. sejajar dengan itu, kita perlu menyahut cabaran dan harapan pemimpin negara yang amat mengharapkan pelajar masa kini menjadi usahawan pelapis untuk meneruskan usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara perindustrian yang maju.
 

Cikgu Nor Baizura 

Cikgu Nor Baizura MT 

"

"

"Saya suka belajar perdagangan kerana saya bercita-cita menjadi seorang usahawan yang berjaya satu hari nanti..."

 

Aiman, tingkatan 5

"

"

"..dalam blog ini banyak nota dan latihan yang disediakan. Maklumat dihujung jari, mudah untuk saya buat pembentangan di sekolah nanti.."

 

Shabihah, tingkatan 5

Blog yang menarik dan berinformasi.

 

Cikgu Din, guru Perdagangan

"

"

"

"

...terima kasih kerana menyediakan nota-nota yang padat dan latihan yang baik. Mohon cikgu boleh sediakan soalan-soalan 5 tahun terkini dari negeri-negeri di Malaysia..

 

Pn. Mariam, ibu

Saya akan beritahu pada kawan-kawan akan kewujudan blog cikgu ini sebabnya blog ini sangat bermanfaat..

 

Muhamad Ali, Tingkatan 5

"

"

UKM

Mencabar Kelaziman

bottom of page